Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN ENAM INDIVIDU, RAMPAS CECAIR VAPE RM1.2 JUTA

Johor Bahru, 9 Ogos 2025 - Polis menahan enam individu dan merampas pelbagai peranti serta cecair rokok elektronik atau vape bernilai lebih RM1.2 juta dalam operasi bersepadu di beberapa daerah di negeri ini Rabu lalu.

Selain daerah ini, operasi bersepadu yang turut dijalankan bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Cawangan Batu Pahat dan Johor Bahru itu juga membabitkan kawasan sekitar Batu Pahat, Yong Peng dan Ayer Hitam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, Superintenden Salehin Suleiman berkata, enam yang ditahan itu semuanya membabitkan warga tempatan berusia antara 20 hingga 39 tahun.

"Dalam operasi berkenaan, kita dirampas 5,215 unit peranti vape dan 13,968 unit cecair vape.

"PBT turut mengeluarkan enam notis sitaan ke atas semua premis yang diperiksa kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perniagaan sah bagi penjualan peranti dan cecair vape.

"Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.219 juta dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada oleh pihak polis bersama agensi berkaitan," katanya melalui kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS