Kota Bharu, 11 Ogos 2025 - Isteri seorang doktor dan dua anak lelaki mereka ditahan bersama dadah dipercayai Ganja mampat dianggar 35 kilogram (kg) dan sepucuk pistol selepas polis menyerbu sebuah banglo di Ketereh, dekat sini.
Selain dadah dan pistol jenis Glock itu, turut dirampas dalam gerakan dilancarkan polis kira-kira jam 4.30 pagi Selasa lalu adalah 16 peluru serta empat kenderaan, termasuk BMW dan Mercedes Benz.
“Ketika serbuan, terdapat tiga individu di banglo terbabit. Hasil pemeriksaan menemui 35kg dipercayai Ganja diletakkan dalam kotak dan beg, selain sepucuk pistol jenis Glock serta 16 peluru, keseluruhannya dianggar lebih RM300.000
.
“Polis turut merampas empat kenderaan, termasuk BMW dan Mercedes Benz. Nilai rampasan keseluruhan, termasuk dadah adalah RM420,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.