Petaling Jaya, 13 Ogos 2025 - Jumlah kematian pemandu berusia 61 tahun ke atas yang tinggi akibat kemalangan jalan raya menimbulkan persoalan sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk terus memandu.
Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), hampir 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan peringkat umur itu direkodkan dalam tempoh enam tahun sejak 2019 hingga 2024.
Bagi
tempoh berkenaan, seramai 19,812 pemandu warga emas dalam usia berkenaan, dilaporkan terlibat kemalangan jalan raya, sekaligus mengundang kebimbangan banyak pihak khususnya PDRM.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, jumlah kematian terbabit adalah hasil dapatan pihaknya membabitkan pengguna jalan raya berusia 61 tahun ke atas.
Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 6,733 pengguna jalan raya warga emas maut, manakala 2,132 orang parah dan 10,947 lagi mengalami kecederaan ringan.
Daripada jumlah terbabit, seramai 13,597 pengguna jalan raya adalah mereka yang berusia 60 hingga 70 tahun terlibat dengan nahas manakala 6,215 lagi merupakan 71 tahun ke atas,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Utusan Malaysia seperti di lampiran.