Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN NAFI DAKWAAN MALAYSIA JADI PANGKALAN HAMAS


Kuala Lumpur, 25 September 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menafikan dakwaan Malaysia menjadi pusat operasi Hamas.

Beliau berkata, perjuangan rakyat Palestin dekat di hati rakyat Malaysia kerana negara ini berteraskan Islam, justeru pelbagai bentuk bantuan berterusan disalurkan.

"Berdasarkan kedudukan kita sebagai sebuah negara Islam, perjuangan di Palestin sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia.

"Kita atas dasar agama sentiasa memberikan bantuan berterusan kepada Palestin.

“Ada rakyat asing, khususnya dari Palestin dan Syria yang menuntut di institusi pengajian tinggi negara kita.

“Mungkin keprihatinan rakyat Malaysia ini disalahertikan pihak tertentu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS