Kuala Lumpur, 25 September 2025 - Polis percaya kegiatan penyeludupan Fentanyl dan dadah sintetik lain di negara ini mempunyai jaringan antarabangsa yang berupaya mengedarkan bahan berbahaya itu untuk pasaran tempatan serta dieksport ke luar negara.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, berkata siasatan mendapati sindiket dadah mempunyai rangkaian merentas sempadan dan tindakan berterusan akan dilakukan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
“Dadah ini ada jaringan antarabangsa, mungkin ada kumpulan tertentu bertindak sama ada untuk edaran dalam negara atau dieksport ke luar negara. Tindakan berterusan JSJN akan dibuat bagi membanteras kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas beberapa rampasan Fentanyl di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan trend penyeludupan bahan itu.
Kelmarin, Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Hussein Omar Khan, mengesahkan polis melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran Fentanyl melalui operasi berasingan di tiga negeri.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.