Kuala Lumpur, 28 September 2025 - Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada hari pertama yang membabitkan warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, berjalan lancar di seluruh negara, semalani.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan pada hari pertama ini juga bertindak sebagai ujian tekanan terhadap keupayaan sistem dan stesen minyak yang sudah membuat persediaan bagi pelaksanaan BUDI95, menjelang penggunaan lebih meluas pada Selasa ini.
“Kita boleh anggap ini sebagai satu proses untuk menilai keupayaan sistem supaya tidak ada sebarang gangguan.
“Kita akan tengok lagi nanti sebab penggunaan yang lebih besar adalah dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Program BUDI95 di stesen minyak Jalan Bokara di Sandakan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.