Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgaintsDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 580 'ZOMBI' DADAH DICEKUP DALAM OPERASI TIGA HARI

Shah Alam, 28 September 2025 - Hanya dalam masa tiga hari, seramai 580 ‘zombi' dadah diberkas pihak polis hasil serbuan di beberapa sarang penagih di seluruh negeri Selangor.

Operasi khas bermula 22 September lalu itu turut memberkas remaja berusia 14 tahun yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, antara lokasi panas menjadi tumpuan aktiviti itu antaranya di kawasan ladang, jeti dan projek perumahan rakyat.

Menurutnya, 450 serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor membabitkan tangkapan keseluruhannya seramai 580 individu termasuk 28 wanita yang turut ditahan berusia lingkungan 14 hingga 70 tahun.

“Dalam operasi itu, sebanyak 646.3 gram (g) dan 2,315.3 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM35,08I berjaya dirampas.

“Rampasan dadah melibatkan Heroin (193.58g), Ganja (232.48g), Ketamin (1g), Pilyaba (1.35g), pil Erimin 5 (4.98g), serbuk Ekstasi (65g) dan air ketum (2,315.3 liter),” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS