Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 - Penipuan dalam talian atau "scam" menjadi antara ancaman siber paling meluas yang menjejaskan masyarakat.
la satu masalah yang masih belum berpenghujung apabila masih ramai mangsa yang dilaporkan tertipu oleh sindiket itu pada setiap hari.
Menyedari keperluan mendesak untuk meningkatkan literasi digital, TikTok Malaysia melancarkan inisiatif
#ThinkTwice yang diperluas dengan hab maklumat pelbagai bahasa.
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Encik Firdaus Fadzil, langkah itu bertujuan memberi akses mudah kepada pengguna untuk mendapatkan panduan pencegahan penipuan melalui pelbagai saluran termasuk video pendek, iklan carian, kandungan pencipta serta dialog industri melibatkan agensi kerajaan.
"Hab maklumat dalam aplikasi TikTok kini tersedia dalam empat bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
"Pendekatan ini diharap dapat memperluaskan capaian mesej keselamatan digital kepada jutaan pengguna dengan latar belakang berbeza,” katanya ketika berucap pada sesi taklimat media
#ThinkTwice lnisiatif Literasi Digital dan Kerjasama di Menara Sunway V2, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, kolaborasi erat dengan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya sekuriti Malaysia,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi berkaitan lain membuktikan komitmen platform itu mewujudkan ekosistem digital lebih selamat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.