Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM KUASAI AI TANGANI JENAYAH ERA DIGITAL

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Penguasaan teknologi moden, khususnya kecerdasan buatan (AI), menjadi penekanan dalam latihan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah yang semakin kompleks.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, latihan pegawai bukan sahaja membentuk disiplin dan integriti, malah turut memberi penekanan kepada kemahiran profesional dan keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran era digital.

Katanya, pegawai dilatih untuk melaksanakan tanggungjawab masa depan dengan komitmen tinggi dan profesionalisme, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
“Seiring perkembangan era teknologi digital, para pelatihjuga telah ditekankan untuk menguasai ilmu dan kemahiran mengadaptasi teknologi moden, khususnya teknologi AI yang turut mengevolusi ancaman jenayah dan keselamatan.

“Penguasaan AI oleh warga PDRM melangkaui potensi ancaman, melaksanakan usaha pencegahan dan memperkukuh benteng keselamatan, demi kesejahteraan masyarakat,” katanya selepas istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Kuala Lammpur: imoden, khususnva buatan dalam Diraja bukan integriti, kepada PDRM kuasai AI tangani jenayah era digital cabaran dilatih masa tekno- perkembangan digital, mengadaptasi nuu jenayah poten- SERAMAI Inspektor Inspekior Perculan demi ercubaan menamatkan Progoram Latihan Tengku Panglimu Ismail Muadzam Kepolisan (PLAK) padka Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program semakam. Khalid cabarun Mohd rogram amanah atihan ASIS Kepolisan enjadi melaksanakan dijalankan me- bakat elajar , berangkat pada Penguasaan AI oleh warga PDRM melangkaui potensi ancaman, melaksanakan usaha pencegahan benteng keselamatan, ca/uTBar termasuk pegawai membolehkan kita masa masa 'Kerjava kepolisun ndalah Mohd rekod. majlis anemosi. menuntut pengorha- istiadat berjaya cmbilanbulan PUTAPOL.K'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS