Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES JENAYAH DISIASAT TANPA KIRA UMUR PELAKU


Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 - Setiap kes rogol atau jenayah seksual di negara ini akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said berkata, status bawah umur tidak seharusnya dijadikan alasan bagi melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan.

Menurut beliau, siasatan bagi kes jenayah seperti itu akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia termasuk jika ia melibatkan pelajar sekolah atau individu yang di bawah umur.
“Tindakan merogol merupakan perbuatan jenayah dengan pertuduhan ke atas suspek boleh dibuat di mahkamah berasingan, bergantung kepada kelompok usia pelaku ketika kejadian.

“Bukannya (pelaku) bawah 18 tahun boleh bebas jika melakukan jenayah dan ini yang banyak orang salah faham.

“Salah tetap salah, jahat tetap jahat. Hukuman tetap dikenakan, tetapi mahkamah (untuk prosiding pertuduhan dan perbicaraan kes terbabit) mungkin berlainan,” katanya pada sidang akhbar pada sesi Townhall Antibuli bersama wakil pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS