Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 - Sebanyak 52,678 kes jenayah komersil membabitkan kerugian mencecah RM3.6 bilion dilaporkan sejak Januari sehingga September lalu.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, dalam tempoh kurang setahun menunjukkan peningkatan sebanyak 81.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
“Jenayah penipuan dalam talian termasuk love scam dan pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan memanipulasi emosi dan harapan menyumbang 80 peratus daripada kes jenayah komersil yang dilaporkan.
“Statistik dari Januari hingga September lalu menunjukkan terdapat 47,850 kes dengan kerugian mencecah RM2 bilion, meningkat sebanyak 93.89 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
“Perangkaan itu bukan satu kebanggaan sebaliknya menunjukkan kepercayaan yang dikhianati, impian dan kehidupan yang lebur angkara penipuan,” katanya dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSJK di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.