Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PROSES, EDAR DADAH RM5.33 JUTA TUMPAS


Johor Bahru, 16 Oktober 2025 - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah disyaki pil Ekstasi dan Methylenedeioxy Methamphetamine (MDMA) bernilai RM5.33 juta, dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini minggu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Johor itu, empat lelaki ahli sindiket berusia antara 35 hingga 54 tahun turut ditahan.

“Serbuan pertama dilakukan 10 Oktober lalu di sebuah pangsapuri di Taman Delima, di sini pada jam 4 petang, membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 35 dan 40-an.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 12 paket dan satu balang berisi dadah disyaki serbuk MDMA dianggar seberat 10 kilogram (kg), 30 paket dadah disyaki serbuk Ekstasi (735 gram), sepaket Syabu (110 gram), enam paket pil Ekstasi (dua kg), sepaket pil Eramin 5 (60 gram) dan pelbagai peralatan memproses dadah.

“Serbuan kedua dilakukan di tepi jalan kawasan Taman Sri Tebrau dengan seorang lelaki tempatan 35 tahun ditahan.

"Pemeriksaan badan terhadap suspek menemukan sepaket Syabu dianggar seberat 1.44 gram,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of newsagent and text
 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS