Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 171 PEGAWAI KANAN PDRM TERIMA SIJIL PROFESIONAL UKM



Kuala Lumpur, 27 Oktober 2025 - Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kohort pengajian 2024 dan 2025 dalam majlis graduasi yang diadakan, baru-baru ini.

Program itu merangkumi tiga kategori utama, iaitu Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan bagi pegawai berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner (SAC), Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan untuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) serta Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan bagi pegawai berpangkat Superintenden.

Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid yang membaca teks ucapan Ketua Polis Negara berkata, inisiatif idealistik ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme pegawai kanan PDRM selaras dengan Pelan Strategik PDRM 2021-2025.

Tambahnya, barisan pegawai kanan yang bergraduasi itu adalah perintis kepada usaha memperkemas kaedah pencarian lapisan kepimpinan muda yang berpotensi untuk mengisi jawatan penting dan strategik dalam PDRM.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS