Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GARIS PANDUAN BAHARU ATASI KES JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK DILANCAR



Putrajaya, 25 Oktober 2025 - Jabatan Kehakiman melancarkan garis panduan menyeluruh bagi memperkukuh pengendalian kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, berkata Garis Panduan Khas Pengendalian Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2025 dibangunkan bagi memastikan setiap kes membabitkan kanak-kanak ditangani dengan penuh sensitiviti, konsisten dan belas ihsan.

“Setiap kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual mesti dilindungi, didengar dan diberikan keadilan dalam persekitaran yang selamat, empatik dan bermaruah.

“Dokumen ini bukan sekadar panduan teknikal, tetapi satu rangka kerja holistik yang menggabungkan perspektif perundangan, psikologi dan kebajikan bagi memastikan proses keadilan yang benar-benar berpusatkan kanak-kanak,” katanya ketika melancarkan garis panduan berkenaan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of map and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS