Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS "E-WASTE" LEBIH RM22 JUTA, TAHAN LIMA WARGA ASING


Bukit Mertajam, 29 Oktober 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) membongkar operasi pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram selepas menahan lima warga asing dan seorang warga tempatan serta merampas sisa produk berkenaan bersama pelbagai aset dianggarkan lebih RM22 juta dalam serbuan di Juru, dekat sini.

Serbuan menerusi Op Hazard dijalankan Batalion Ke-2 PGA dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan pasukan polis, antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kelmarin.

Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim berkata, operasi itu menyasarkan kilang di Jalan Bukit Tambun, Juru, selepas tiga minggu pemantauan dilakukan mendapati premis itu memproses komponen elektronik dan bahan buangan secara haram.

Beliau berkata, pihaknya merampas kira-kira 454,000 kilogram (kg) sisa elektronik dalam pelbagai peringkat pemprosesan, wang tunai RM6,147 serta treler yang membawa 20,000kg sisa elektronik sudah dileraikan.

“Antara barangan dirampas termasuk lima "forklift", satu mesin penapisan sisa, 10 mesin pencuci sisa, satu mesin "extruder" dan satu pemampat.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM22.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS