Kuala Lumpur , 6 November 2025 - Sejumlah RM12.91 juta dana dirampas dan RM1.99 juta dana yang dicuri sudah dipulangkan semula kepada mangsa penipuan atau “scam” menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, berkata NSRC yang ditubuhkan pada Oktober 2022 berperanan sebagai platform kerjasama antara agensi kerajaan, institusi kewangan dan industri komunikasi.
“Hasil usaha kerjasama ini, NSRC kini beroperasi 24 jam sehari untuk menerima aduan, menjejak, membekukan dan memulihkan dana yang diperdaya.
“Sehingga suku ketiga 2025, pusat ini menerima 263,683 panggilan, berjaya merampas RM12.91 juta dan memulangkan RM1.99 juta wang mangsa penipuan,” ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Persidangan Antarabangsa ke-15 mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2025, semalam.
Abdul Rasheed berkata, perniagaan termasuk institusi kewangan turut menjadi sasaran penipuan canggih membabitkan penyamaran menggunakan kecerdasan buatan (AI).
“Dalam suku pertama 2025 sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 12,110 kes penipuan dalam talian di seluruh negara dengan jumlah kerugian RM573.7 juta,” katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.