Tumpat, 12 November 2025 - Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.
Serbuan terhadap PATI warga negara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.
Pemangku Komander
Briged Tenggara PGA, ACP Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita berada di dalam dan luar rumah berkenaan.
“Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.