Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POSTING PILIHAN: JSJ PERTEGUH DASAR KERJASAMA DUA HALA MALAYSIA–AUSTRALIA DALAM PERANGI JENAYAH

Kuala Lumpur, 15 November 2025 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) terus memperteguh dasar kerjasama dua hala bersama Australia melalui Bengkel Open-Source Intelligence dan Digital Evidence Field Triage anjuran Australian Federal Police (AFP) yang berlangsung di Kedutaan Besar Australia, di sini.

Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu yang menghadiri majlis penutupan bengkel tersebut semalam berkata, ia sebagai usaha berterusan memperkukuh hubungan strategik keselamatan antara Malaysia dan Australia sejak 52 tahun lalu.

Seramai 16 pegawai Bahagian Forensik (D10) dan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman bersama peserta dari Timor Leste serta Filipina telah mengikuti bengkel tersebut.

Dalam majlis sama, Pesuruhjaya Tinggi Australia, H.E. Danielle Heinecke mewakili AFP turut menyerahkan empat unit Digital Triage Kit kepada JSJ dan sebuah unit kepada Timor Leste bagi menyokong operasi siasatan digital di lapangan. Kit berkenaan dinamakan “Green Butterfly Sheet” yang diabadikan bagi memperingati tragedi membabitkan empat kanak-kanak dalam kes pedofilia di Johor baru-baru ini.

Turut hadir ialah barisan pegawai kanan AFP dan JSJ Bukit Aman.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah – JSJ PDRM

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'H पैर AUSIRALIA SIA NERSH'

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS