Setakat Januari hingga September 2025, seramai 55 rakyat Malaysia telah ditahan di pelbagai negara kerana disyaki menjadi ‘keldai dadah’. Sindiket memperdaya mangsa melalui tawaran kerja palsu, upah lumayan dan tajaan perjalanan sebelum menyembunyikan dadah di dalam bagasi, barang peribadi, makanan atau peralatan elektronik.
Ingat! Sentiasa berwaspada terhadap tawaran luar negara yang mencurigakan dan tidak mudah menerima permintaan membawa bagasi daripada individu tidak dikenali. Alasan “tidak tahu kandungan” tidak diterima di kebanyakan negara dan boleh membawa hukuman berat, termasuk penjara seumur hidup.
Lindungi diri, lindungi keluarga dan segera laporkan kepada pihak polis sekiranya menerima tawaran pekerjaan atau ganjaran upah yang mencurigakan.