Seberang Jaya, 17 November 2025 - Cubaan samseng jalanan menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram terbantut apabila 350 penunggang motosikal ditahan dalam operasi besar-besaran di sekitar Permatang Pauh, Sabtu lalu.
Operasi dijalankan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama JSPT Pulau Pinang bermula jam 11 malam itu turut berjaya menahan beberapa penunggang motosikal kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan awam mengenai kewujudan kumpulan mat rempit untuk berlumba.
“Mereka menjadikan persimpangan lampu isyarat Permatang Pauh menghala ke Ampang Jajar sebagai litar lumba haram, terutama pada malam minggu.
“Meskipun beberapa kali serbuan dan operasi sering dibuat di lokasi sama, namun mereka masih tidak serik mencabar undang-undang,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seberang Jaya, Ahad.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.