Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM SENTIASA ADA MAKLUMAT ISU SINDIKET BESAR PENYELUDUPAN


Petaling Jaya, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sindiket besar penyeludupan dadah menggunakan kaedah kontena seperti dibangkitkan Perdana Menteri berada dalam perhatian dan tindakan pencegahan serta siasatan sedang dipergiatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah memiliki maklumat berhubung rangkaian kartel tersebut dan beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

“Kaedah membawa dadah melalui kontena bukan perkara baharu, namun masih digunakan pihak sindiket. Justeru, pemantauan dan risikan terus dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dato’ Hussein berkata, JSJN turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi tempatan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia dan pihak berkuasa pelabuhan bagi memperkukuh kawalan, selain kerjasama rentas negara bersama agensi penguat kuasa luar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS