Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'INSPEKTOR ENJIN'

Tugasan teknikal dan bengkel yang biasanya dipenuhi enjin berat, minyak hitam dan komponen mekanikal sering dianggap ‘kerja lelaki'.

Namun, Inspektor Aziera Arif membuktikan, wanita juga mampu menggalas tugas berat ini dengan penuh kecekapan dan ketelitian sebaris di medan yang sering didominasi lelaki.
Ironinya, walaupun berpengalaman dalam siasatan jenayah, minatnya terhadap bidang teknikal membawanya ke satu laluan berbeza iaitu dunia penyelenggaraan kenderaan polis.

Dunia berkenaan jarang diceburi pegawai wanita, sekali gus memberi warna berbeza kepada peranan di sebalik tabir operasi Polis Diraja Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS