Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: DREBAR DITAHAN BERSAMA 35,000KG FELDSPAR

Kuantan, 23 November 2025 - Seorang pemandu treler yang membawa 35,000 kilogram (kg) muatan disyaki mineral jenis feldspar ditahan di hadapan sebuah sekolah di Lanchang, Temerloh.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tenggara dalam kenyataan memaklumkan treler yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun itu, ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan Batalion 7 bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), jam 5 petang Rabu lalu.

“Hasil pemeriksaan terdapat 35,000kg mineral berada di belakang treler tersebut, manakala dokumen yang ditunjukkan oleh pemandu berkaitan mineral yang dibawa agak meragukan dan disyaki diperolehi secara menyalahi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

PGA memaklumkan siasatan awal turut mendapati lelaki itu merupakan pemandu di sebuah syarikat pengangkutan yang menawarkan khidmat mengangkut barang mengikut permintaan penyewa.

Lelaki terbabit dan barang rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM428,000 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh untuk tindakan lanjut UPNP.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS