Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LARANGAN BAWAH 16 TAHUN BUKA AKAUN MEDIA SOSIAL DISASAR TAHUN DEPAN


Kuala Lumpur, 24 November 2025 - Kerajaan menyasarkan larangan ke atas golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial untuk bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, larangan berkenaan berasaskan keputusan Kabinet bagi mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai, di sini semalam.

Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” katanya.

Beliau berkata, salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Larangan bawah 16 tahun buka akaun media sosial disasar tahun depan Langkah bagi lindungi kanak- -kanak daripada jenayah siber, seksual in Mohamed Radhi Kuala Lumpur: Kerajaan menya- tahun intuk Datuk Fahmi kenaan larangan tahun Fahmi bergambar bersama [etamu yang hadir αλα Perasmion Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Puntai, Kuala semalam. Ralhana Mansor/BH) dilakukan terutama tform media sosial pengesaha mekanisme nungkin renutup selamat, khususnya keluarga' MyAaki, pasport akan tam- MyDi- menjangkakan 'Pada sahaja Kempen Selamat Juga sedang meneliti erkata, Beliau berkata. Ada bangkan ialah mewajibkan Kempen kerana paling penting. lovem- 8,216 sekolah peda erha- ita teras, katanya.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS