Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PENIPUAN SASAR WARGA JEPUN TUMPAS #29/11/2025

Nibong Tebal, 29 November 2025 - Polis menumpaskan sindiket penipuan menggunakan pusat panggilan (call centre) yang menyasarkan mangsa warga Jepun selepas menahan 18 individu dalam serbuan di dua banglo sekitar Simpang Ampat, di sini, pada 20 November lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail berkata, suspek yang diberkas dalam operasi dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu membabitkan 14 warga Jepun dan empat warga China berusia 25 hingga 51 tahun.

“Semua suspek terbabit mengaku bekerja sebagai operator 'call centre' itu sejak tiga bulan lalu dengan menerima gaji RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi menggunakan aplikasi Telegram bagi mendapatkan maklumat dan memperdaya mangsa dengan menyamar anggota polis Jepun.

“Mereka (sindiket) kemudian (meminta mangsa menggunakan) aplikasi dalam talian Go (Japan) untuk urusan transaksi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS