Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS VAPE KETAMIN RM3.04 JUTA

Shah Alam, 3 Disember 2025 - Selangor membongkar kegiatan stor penyimpanan dan pembungkusan vape campuran dadah dengan rampasan berjumlah RM3.04 juta dalam serbuan di Klang pada 27 November lalu.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Klang Selatan, tiga lelaki berusia 33 hingga 49 tahun turut ditahan.

“Polis merampas sebanyak 2,068 katrij, 550 pod dan 240 botol berisi cecair vape campuran dadah jenis Ketamin dengan anggaran isi padu 61 liter.

“Nilai rampasan dadah bagi kes ini berjumlah RM3.04 juta dan dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh Malaysia. Turut disita adalah tiga kereta serta barangan kemas dianggarkan bernilai RM134,800,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS