Kulai, 7 Disember 2025 - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, Khamis lalu.
Ketua
Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, tangkapan ke atas suspek yang juga seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan itu dibuat dalam satu serbuan pada jam 8.15 malam.
“Dalam tangkapan dibuat ke atas suspek yang berusia antara 27 hingga 40 tahun itu, kita merampas tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Ketamin dengan anggaran berat 254 gram.
“Selain itu, kita turut merampas 16 kepingan foil timah disyaki dadah jenis pil Ekstasi dengan anggaran berat 45 gram dan sepaket plastik disyaki dadah jenis serbuk Ekstasi dengan anggaran berat 1,015 gram.
“Kita turut merampas sekotak rokok mengandungi satu lipatan kertas berisi cebisan daun-daun kering disyaki dadah jenis Ganja dengan anggaran berat 7.6 gram,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.