Kota Bharu, 10 Disember 2025 - Empat lagi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand dirobohkan pagi semalam.
Operasi merobohkan pangkalan haram itu dijalankan pelbagai agensi, termasuk
Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
Ketua
Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mazlan Hassan berkata, empat pangkalan haram dalam daerah Pasir Mas itu dikenali sebagai pangkalan haram Mat Roji 2, Surau Lama, Perdah dan Mat Roji 1.
“Operasi merobohkan pangkalan haram bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 10.40 pagi menerusi pembabitan pelbagai agensi.
“Operasi perobohan dilakukan mengikut senarai serta peraturan yang dikeluarkan Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas. Proses perobohan berjalan lancar dan tiada perkara tidak diingini berlaku.
“Operasi perobohan bertujuan tidak membenarkan pengkalan berkenaan digunakan untuk sebarang aktiviti merentas sempadan atau penyeludupan atau menyalahi undang undang,” katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.