Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS 690 KATRIJ VAPE BERISI CECAIR GANJA

Kuching, 10 Disember 2025 - Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas sejumlah katrij vape dalam satu serbuan di tempat parkir pekarangan pusat perkhidmatan kurier di Jalan Kong Ping, di Padawan.

Dalam operasi pada Jumaat itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas satu kotak daripada lelaki berusia 20 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pemeriksaan lanjut menemui 690 katrij berisi cecair disyaki Ganja di dalam kotak berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati katrij itu dihantar dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier dan alamat yang tertera pada bungkusan didapati palsu.

Polis juga turut menyita wang tunai berjumlah RM470 dan sebuah motosikal Yamaha.
“Suspek dikesan terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak bulan September dan dia menerima upah sebanyak RM200 untuk mengambil bungkusan kotak di pusat perkhidmatan kurier dan upah RM20 untuk setiap satu katrij yang dihantar kepada pelanggan di sekitar Kuching dan Padawan,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS