Seberang Jaya, 11 Januari 2026 - Hobi seorang lelaki memelihara hidupan liar disyaki binturong di kediamannya di Taman Sutera Prima di sini menjerat diri selepas ditahan pada Jumaat.
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan sokongan Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Seberang Jaya serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pulau Pinang.
Komander PSP, SAC Rosli Md Yusof berkata, serbuan kira-kira jam 10.10 malam itu membongkar kegiatan pemilikan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
Menurutnya, pemeriksaan di kediaman terbabit menemui seekor hidupan liar disyaki binturong bernilai RM50,000 iaitu spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
"Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memelihara binturong itu sejak 2019 telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya pada Sabtu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.