Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DARI MISI PBB KE BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 17 Januari 2026 - Pengalaman berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bumi Afrika Barat menjadi antara episod paling signifikan dalam perjalanan kerjaya bekas pegawai kanan polis, Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ini, bertugas di negara pascakonflik perang saudara membuka perspektif luas mengenai makna keamanan dan tadbir urus keselamatan.

"Pengalaman ini adalah satu keistimewaan bukan mudah diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam.

"Pengalaman ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah mengasah pengetahuan, kemahiran serta kebolehan sebagai satu pendekatan strategik apabila saya kembali berkhidmat di tanah air," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, newsroom, newsagent and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS