Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: PGU PANGKALAN SABAH LAKUKAN PENERBANGAN IHSAN HANTAR BEKALAN MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR

 
Beluran, 7 Februari 2026 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah, Polis Diraja Malaysia membuat penerbangan ihsan menghantar lebih 3,000 kilogram muatan bekalan makanan untuk diagihkan kepada penduduk terjejas banjir sekitar Kampung Abuan dan Paitan, di sini, pada Rabu lalu.

Pesawat jenis AW 139 yang dikendalikan oleh Superintenden Pearson Hujung Skinner bersama Superintendan Ayisham Abdullah dan dibantu krew penerbangan, Sarjan Mejar Hary Fareeck Japar serta Sarjan Mejar Vehahnkenno Mandawang.

Seramai 467 penduduk, termasuk warga Sekolah Kebangsaan (SK) Abuan dan SK Bawang K9 yang terperangkap kerana jalan darat terputus sepenuhnya akibat banjir serta jambatan runtuh.

Turut bekerjasama dalam misi itu adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Daerah Paitan dan Beluran.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Sumber: Pasukan Gerakan Udara Sabah

May be an image of one or more people

May be an image of helicopter and text that says 'MALAYSIA C 他 生'

May be an image of van

May be an image of one or more people and ambulance

May be an image of one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS