Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: 787 PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD JANUARI 2026

Kuala Lumpur, 2 Mac 2026 - Sejumlah 787 kes penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud direkodkan dalam tempoh sebulan pertama tahun ini, dengan kerugian keseluruhan RM115 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah kes direkodkan itu menunjukkan peningkatan lapan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 732 kes.

Bagaimanapun, nilai kerugian dialami semua mangsa hasil kes sepanjang Januari lalu menurun tujuh peratus atau RM8.4 juta berbanding RM123 juta yang direkodkan tempoh sama 2025.

“Kita harap masyarakat dapat ambil beberapa langkah untuk mengelak ditipu pelaburan tidak wujud. Antaranya dengan menyemak kelayakan, selain berhati-hati tawaran yang terlalu baik serta jangan bayar wang pendahuluan.

“Selain itu, orang ramai diminta memeriksa ulasan dan maklumat latar belakang, elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka serta membaca terma dengan teliti,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS