Kes penipuan pelaburan tidak wujud terus menunjukkan peningkatan sebanyak 11% pada awal tahun 2026 berbanding tahun 2025, dengan jumlah kes mencapai 1,459 kes dan kerugian berjumlah RM188 juta. Namun, jumlah kerugian ini mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
Pastikan semak terlebih dahulu kesahihan melalui portal rasmi di pautan berikut,
https://semakmule.rmp.gov.my. Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, laporkan segera kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan melalui talian 997 untuk tindakan segera.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM