Menjelang penghujung petang, ketika mentari perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat dan langit Laut Andaman yang terbentang luas disapu warna jingga keemasan, azan Maghrib berkumandang.
Di atas dek bot ronda Pelindung 5 yang tidak seberapa luasnya, lapan anggota berseragam biru gelap berhenti seketika daripada tugas untuk menikmati detik berbuka puasa.
Itulah situasi di perairan sempadan Malaysia-Thailand, ketika kebanyakan keluarga berkumpul di meja makan bersama insan tersayang, ada pasukan keselamatan yang meraikan Ramadan dalam cara jauh berbeza.
Bagi
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi, ia adalah rutin yang lumrah seperti mana disaksikan penulis ketika ikut serta dalam Program Rendezvous bersama Polis Marin Diraja Thailand (RTMP) dan Majlis Berbuka Puasa di perairan Pulau Brasmana, Thailand.
Di sebalik agenda rasmi dan perbincangan keselamatan itu, ada sisi lain yang lebih menyentuh jiwa, iaitu kisah lapan anak kapal yang mengemudi bot ronda Pelindung 5, menjalani ibadah puasa jauh di tengah samudera.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.