Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] KRISIS ASIA BARAT: PM ARAH PDRM TINGKAT TAHAP KESELAMATAN

Kuala Lumpur, 26 Mac 2026 - Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan tahap keselamatan susulan krisis geopolitik yang berlaku di Asia Barat ketika ini.

Menurut Dato’ Seri Anwar, meskipun Malaysia tidak terancam secara langsung ketika ini, tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan perlu dipertingkatkan memandangkan krisis terbabit telah merebak ke semua negara lain dan bukan sahaja melibatkan negara rantau Asia Barat.

Beliau berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS