Petaling Jaya, 28 Mac 2026 - Trend penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu dikesan masih berlaku apabila sebanyak 33 kes pemalsuan direkodkan bagi tempoh lima tahun sejak 2022 hingga 23 Mac lalu.
Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sebanyak 33 tangkapan dilakukan dan 10 kes telah dituduh di mahkamah dalam tempoh sama.
Pengarah JSJK, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pengesanan kegiatan tersebut adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak majikan.
Katanya, setiap maklumat diterima akan disiasat secara menyeluruh bagi menentukan kesahihan serta mengenal pasti kewujudan elemen sindiket terancang.
“Antara taktik digunakan termasuk menggunakan identiti klinik atau doktor tanpa kebenaran, menyediakan dokumen palsu yang menyerupai format rasmi serta meminda maklumat pada sijil cuti sakit yang sah seperti tarikh dan tempoh cuti.
“Kegiatan ini juga dipercayai dijalankan melalui platform dalam talian bagi memudahkan urusan penjualan kepada pelanggan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.