Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: KOKAIN RM7.31 JUTA TERDAMPAR DI PANTAI

Kuantan, 2 April 2026 - Sebanyak 16.263 kilogram (kg) dadah disyaki Kokain bernilai RM7.31 juta ditemui terdampar dalam sebuah beg di pesisir Pantai Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, Pekan dekat sini, kelmarin.

Difahamkan beg itu mempunyai 20 bungkusan dipercayai Kokain, masing-masing seberat satu kilogram, dengan enam bungkusan telah terlarut di dalam air laut.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman berkata, polis masih melakukan siasatan dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat.

Katanya, polis melakukan pemeriksaan di kawasan pantai berkenaan pada pukul 2.45 petang selepas mendapat maklumat awam mengenai penemuan sebuah beg yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap beg tersebut menjumpai 14 bungkusan ketulan mampat berwarna hitam bertulisan ‘Stone’ yang disyaki mengandungi dadah jenis Kokain dengan anggaran berat 16.263 kilogram. Enam bungkusan berwarna hitam bertulisan ‘Stone’ telah terlarut isi kandungannya.

“Jumlah nilai pasaran dadah Kokain yang dirampas dianggarkan bernilai RM7.31 juta, yang mana nilai dadah ini berdasarkan pasaran Malaysia iaitu RM450,000 sekilogram,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS