Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: GEMPUR PENYELUDUPAN, PENYELEWANGAN DI SEMPADAN, NILAI RAMPASAN PGA SARAWAK RM9.49 JUTA


Kuching, 3 April 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menggempur kegiatan penyeludupan dan penyelewengan di sempadan negeri ini membabitkan 21 siri kejayaan operasi dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM9.49 juta sepanjang tempoh 16 hingga 31 Mac lalu.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Lim Bak Phai berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Chiller serta Op Taring Batas/Awas yang dilaksanakan di beberapa lokasi strategik di seluruh Sarawak.

Beliau berkata, kejayaan terbesar dalam tempoh operasi itu, pihaknya menumpaskan satu aktiviti penyeludupan dadah berskala besar membabitkan rampasan 28 kilogram ketulan kristal disyaki Methamphetamine serta 1,250 gram katrij vape disyaki mengandungi cecair dadah jenis Ganja.

"Rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM1.58 juta dan dalam serbuan sama, dua lelaki warga Indonesia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS