Kuala Lumpur, 10 April 2026 - Polis Diraja Malaysia merekodkan rampasan dan sitaan bernilai RM582 juta hasil serbuan di 110 lokasi memporoses sisa elektronik menerusi Op Hazard 3.0 di seluruh negara pada isnin lepas.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata dalam operasi bersepadu yang disertai antaranya oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri itu, sebanyak 515 individu turut ditahan.
Antara barangan yang dirampas ialah sisa elektronik sebanyak 6,378 tan bernilai RM455 juta, produk akhir sebanyak 377 tan bernilai RM 7.4 juta, barangan lusuh sebanyak 1,925 tan bernilai RM11.6 juta dan lain-lain rampasan bernilai RM107 juta.
Beliau berkata produk akhir yang diproses daripada sisa elektronik berkenaan juga didapati dijual di pasaran luar negara kerana diproses secara haram di negara ini.
"Daripada 110 lokasi serbuan, sebanyak 42 premis didapati berstatus kilang haram, yang menjalankan aktiviti pemprosesan sisa elektronik. Secara keseluruhannya sebanyak 223 kes untuk siasatan telah dibuka.
"Daripada 515 individu berusia antara 16 hingga 70 tahun yang ditahan, 65 daripadanya ialah warga tempatan, manakala bakinya pendatang tanpa izin," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.