Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ELAK BELIA TERJERAT RADIKALISASI DIGITAL

Penahanan beberapa suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun oleh Polis Diraja Malaysia pada Februari lalu mencetuskan kebimbangan serius, sekali gus memperlihatkan proses radikalisasi kini semakin menyesatkan golongan remaja dan belia melalui ruang digital.

Golongan ini berada dalam fasa pembentukan identiti dan pemikiran, menjadikan mereka lebih mudah terdedah serta terpengaruh dengan naratif ideologi pelampau keganasan.

Perkembangan di Malaysia sejajar trend global. Jika sebelum ini kumpulan pengganas bergantung kepada penggunaan berskala dan organisasi tersusun untuk merekrut ahli, kini proses tersebut beralih ke ruang siber melalui media sosial, aplikasi pemesejan serta pelbagai platform komuniti digital.

Tahap penggunaan teknologi yang tinggi dalam kalangan belia menjadikan mereka lebih terdedah kepada kandungan propaganda dalam talian.

Dalam masa sama, persekitaran digital turut menyumbang kepada peningkatan fenomena radikalisasi yang menjurus kepada pelaku tunggal (lone wolf).

Bacaan lanjut penulisan oleh Pengarah dan Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan, Kementerian Luar Negeri, Encik Kenninmrod Sariburaja bersama Puan Nurul Hidayah Mohd Noor dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RUANG siber menjadi medan baharu enyebaran ekstremisme. Elak belia terjerat radikalisasi digital PENAHANAN beberapa suspek berusia UIS Diraja Kandungan sekali bermula sebagai urauan, boleh boleh enbe remaja dan caA akhirya menjurus keganacar ditegaskan naratif ideologi inovasi pelbaea melalui pendekatar ang kandungan terhadap pengaruh keseluruhan menjurus kepada lukan સ syarakat belia. talian. digital erentanan Pelampau 8(MyPCV ukmembina identiti tidak peka terhadap persekitaran mereka. elibatkan komuniti &NURULH kadangkala menyebarkan pelampan secara nalus. Pegawa tSerantauA KementerianLuarNer'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS