Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET DADAH GUNA MAKMAL BERGERAK ELAK DIKESAN POLIS


Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Taktik licik sindiket pengedaran dadah kini memasuki fasa baharu apabila dikesan menggunakan makmal dadah bergerak atau 'mobile lab' yang diubah suai bagi memproses bahan terlarang sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Dengan konsep 'mobile lab', mereka boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, termasuk kawasan parkir sunyi, tapak pembinaan atau kawasan perumahan yang kurang mencurigakan.

Malah, ada juga sindiket menggunakan syarikat sah untuk berselindung di dalamnya membina makmal dadah ini.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini berdepan pelbagai cabaran dalam membanteras sindiket dadah apabila mereka sentiasa menyesuaikan modus operandi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, antara modus operandi sindiket itu menggunakan konsep makmal bergerak atau 'mobile lab'.

"Sindiket menggunakan kenderaan seperti van, lori atau kontena yang diubah suai menjadi makmal bergerak.

"Kaedah ini membolehkan operasi dipindahkan dengan pantas sekiranya dikesan pihak berkuasa," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Dato' Hussein Omar berkata, sindiket juga menggunakan lokasi terpencil dan tidak mencurigakan di mana makmal dadah haram biasanya beroperasi di kawasan terpencil seperti ladang kelapa sawit, rumah kampung, gudang, kilang terbiar atau pangsapuri sewaan jangka pendek bagi mengelakkan perhatian orang awam dan pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of text that says 'LiV Metro SEBENAR RASAI BERITA ड ANAANA FOTO TAHUN IMetro SINDIKET TUKAR MODUS OPERANDI ELAK DIKESAN MAKMAL DADAH BERGERAK Operasi sindiket engedaran daran dadah kini memasuki fasa baharı apabila dikesan menggunakan kemudahan makmal dadah ber gerak dengan mengubahsuai kenderaan aan seperti van. ori atau kontena bagi memprose bahan terla ang Itu sebelum dieda kan ke pasara lempatan. Taktik itu dipercayai bagi membolehkan mer eka beredar dengan pantas jika merasakan sesuatu lokasi itu tidak lagi 'selamat' dar ripada tindakan pihak ber kuasa. lapor Muhaamad Hafis Nawawi MS2'

May be an image of ‎text that says '‎ehMuhaamadEalis Muhaamad ma4my sebelum 'Senang nak lari sindiket diserbu' Sindiket dadah Aиna makmal bergerak elak dikesan polis mobile antuk mengendali- Sindiket menggunakuarı RAMPASAN DADAH GIKUT BERAT [KG) DAN TAHUN 2023 2023 Ketamin Kokain Methamphetamine 2025 3897.20 4066.49 membolehkan aperasi dinindahkandengan ekiranya 162.22 Erimin5 Harcin 18.56 berkuoso* 101.1 umlah keseluruhan 24.49 1,634,4 760.36 22,975.94 sesitanga rumah 'Selain sepeerti mo- mobile لدا kimin 계택 SINIXKLT ההויווד makim mserencivan ,רפוה mimalkswarakunuk.mmprasdu conber meda habsu menjadi memproses memproses-dadal dadah.‎'‎

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS