Kuala Lumpur, 18 April 2026 - Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long yang semakin meningkat, kini lebih agresif dan adaptif kerana dilakukan secara tersusun hingga sukar dikesan pihak berkuasa.
Ia sekali gus menjadikan kegiatan itu ancaman serius terhadap kesejahteraan masyarakat.
Ia berikutan kegiatan ah long berubah ketara dari segi modus operandi apabila sindiket beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan platform digital dan media sosial yang mempunyai capaian meluas serta pantas dengan jumlah sasaran lebih ramai mangsa.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, peralihan itu menjadikan aktiviti sindiket dapat diselindung daripada pihak berkuasa dengan mangsa dalam kalangan golongan rentan seperti individu berpendapatan rendah, mempunyai rekod kredit lemah serta terdesak dari segi kewangan melalui iklan dalam talian yang agresif.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.