Kuala Lumpur, 16 Mei 2026 - Spesies murai batu yang memiliki keunikan kicauan dan suara merdu mampu mencecah nilai RM25,000 seekor menjadi sasaran pemburuan haram sindiket di pasaran gelap.
Malah, sindiket penyeludupan burung tempatan dikesan mempunyai rangkaian dalam dan luar negara termasuk individu berperanan sebagai 'tauke'.
Murai batu merupakan hidupan liar dilindungi mengikut Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Ketua Pengarah
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, individu berperanan sebagai tauke kebiasaannya tidak akan memegang 'barang', sebaliknya bertindak sebagai pengatur.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.