Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TUMPASKAN GENG ACU DISYAKI CURI KABEL ECRL

 
Kuantan, 16 Mei 2026 - Polis menumpaskan Geng Acu yang disyaki terbabit dalam kecurian kabel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Azry Akmar Dato' Hj. Ayob berkata, kumpulan itu dipercayai terbabit dalam tujuh kes antara 7 Mac dan 27 April lalu.

Katanya, lima suspek Geng Acu yang ditahan berusia antara 29 dan 44 tahun dan mereka ditahan antara 28 April dan 6 Mei lalu lalu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan di Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah di sini.

"Daripada lima suspek itu, empat lelaki terbabit terbabit secara langsung mencuri kabel, manakala seorang lagi suspek ialah pembeli kabel.

"Siasatan mendapati mereka mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah. Ujian air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Polis tumpaskan Geng Acu disyaki curi kabel ECRL Kuantan: Polis dalam kecurian Pantai mempunyai MEDIA lampau kencing positif phetamine Timbalan Ketua Polis Akmar diperca- berkata dalam 'Tujuh kecurian dilaporkan berlaku kawasan sekitar Gebeng, Geng tahun antara April kerugian memba- tujuh Beliau kukan serbuan Sungai kira-kira bertu- Lembing membabitkan kabel penutup dianggarkan pada sidang empat berkata, lagi suspek Azry Akmar (tengah) menunjukkan sebahagian barang rampasan sidang media semalam. Delima 'Siasatan mendapati mereka kira-kira RM100,000, sebuah kenderaan Katanya, direman suspek motong besi telefon Jenayah disiasat mengikut Seksyen Kanun Keseksaan Seksyen mendapati sahaja babit dalam kecurian siasatan lanjut masih kukan, katanya.'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS