Shah Alam, 23 Mei 2026 – Media sosial menjadi medium utama dadah Furanyl Fentanyl atau lebih dikenali sebagai dadah ‘Zombie’ dipromosikan dengan transaksi terselindung menggunakan akaun palsu, mesej sementara dan kumpulan tertutup.
Taktik itu membolehkan urusan jual beli bergerak pantas sebelum dialihkan ke aplikasi pesanan dan perkhidmatan kurier, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan sindiket terbabit.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, selain media sosial, sindiket turut menggunakan platform digital seperti aplikasi e-dompet yang membolehkan pembayaran tanpa tunai, pendaftaran ringkas tanpa pengesahan identiti lengkap serta penggunaan akaun sementara.
Menurutnya, sumber kemasukan dadah berkenaan dipercayai melalui penyeludupan menggunakan laluan laut dengan berselindung di sebalik barangan dagangan lain bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata, sindiket menggunakan kaedah pengedaran dengan mencampurkan dadah jenis Furanyl Fentanyl ke dalam cecair rokok elektronik (vape) pelbagai perisa sebelum dipasarkan kepada pengguna.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.