Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: UJIAN KESIHATAN SYARAT WARGA EMAS PERBAHARUI LESEN MEMANDU WAJAR


Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 - Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan pembaharuan lesen kepada memandu bermula pada usia 70 tahun, dilihat mempunyai justifikasi munasabah dan wajar dipertimbangkan di negara ini, khususnya dalam konteks meningkatkan keselamatan jalan raya.

Pakar keselamatan jalan raya dan kesihatan berpandangan peningkatan jangka hayat serta pertumbuhan populasi warga emas di negara ini mendorong lebih ramai orang terus memandu pada usia lanjut, sekali gus menuntut pendekatan lebih sistematik dalam menilai tahap kecergasan pemandu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Law Teik Huan mengakui faktor kesihatan boleh memberi kesan langsung terhadap keupayaan seseorang mengendalikan kenderaan dengan selamat.

"Meskipun ramai individu berusia 70 tahun ke atas masih aktif, sihat dan mempunyai rekod pemanduan yang baik, pendekatan terbaik ialah saringan berdasarkan tahap fungsi kesihatan dan risiko individu, bukannya umur semata-mata.

"Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengenal pasti masalah yang mungkin menjejaskan pemanduan sebelum berlaku kemalangan serius," katanya kepada Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS