Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIMPAN KETUM DALAM HUTAN, PGA TAHAN 2 LELAKI

Pasir Mas, 5 Jun 2026 - Taktik licik dua lelaki menyembunyikan ratusan bungkusan air ketum di dalam hutan berhampiran Jalan Pintasan Pasir Mas di sini, terbongkar selepas mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) petang kelmarin.

Dalam operasi jam 6.05 petang itu, kedua-dua suspek berusia 26 dan 36 tahun cuba melarikan diri ke kawasan hutan sebaik menyedari kehadiran anggota PGA, sebelum berjaya ditahan.
Komander Briged Tenggara, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata, pemeriksaan terhadap kereta Perodua Kelisa dan motosikal digunakan suspek menemui sembilan bungkusan air ketum.
Katanya, hasil soal siasat serta dipandu arah oleh kedua dua suspek membawa kepada penemuan stor simpanan air ketum yang disembunyikan di dalam kawasan hutan berhampiran lokasi serbuan.
"Susulan itu, kita menemui satu tong ais dan tiga kotak polisterin yang mengandungi keseluruhan 312 bungkusan air ketum.
"Turut dirampas sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal Honda yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan dan rampasan keseluruhan bernilai RM23,220.," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS