Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Polis mengesan peningkatan bagi kes penipuan belian dalam talian (online scam) yang semakin licik memperdayakan mangsa menggunakan platform media sosial.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, taktik yang digunakan sindiket itu mempunyai corak pergerakan atau modus operandi yang sangat teratur bagi menjerat pembeli yang mencari barangan di bawah harga pasaran.
"Sindiket penipuan ini dikesan memulakan jerat mereka dengan memaparkan iklan yang sangat menarik di pelbagai media sosial dan platform dalam talian.
"Mereka menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal bersama tawaran-tawaran menarik lain semata-mata untuk memancing perhatian mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.