Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA INDIVIDU KENA TAHAN BERSAMA DADAH RM8 JUTA


Kota Kinabalu, 11 Jun 2026 - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama dadah bernilai hampir RM8 juta dalam beberapa serbuan di daerah ini.

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah itu berjaya merampas dadah jenis Syabu sebanyak 159.8 kilogram daripada rangkaian pengedaran berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan operasi berjaya mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilihat sedang mengangkat kotak sebelum melarikan diri ke arah pusat beli-belah City Mall.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan terhadap kotak berkenaan menemukan sembilan bungkusan dadah disyaki Syabu dengan anggaran berat 9.1 kilogram.

"Susulan penahanan itu, polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah diLuyang dan sekali lagi berjaya menemukan 64 peket plastik lutsinar yang dikoyakkan dan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

"Operasi diteruskan di sebuah hotel di pusat bandar raya dan menahan seorang lelaki serta wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengedaran dan penyalahgunaan dadah berkenaan," katanya pada sidang media di IPK Sabah, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Tiga individu kena tahan bersama dadah RM8 juta Serbuan polis di beberapa lokasi turut berjaya rampas 159.8kg syabu Juwan Riduan hnews@bh.com.my fmah 感りekth Kinabalu: Polis menahan masuk seorang dadah oилo ไาว่ง Delbagai Docnki pengodaran dirampas pusat ไวยมาเีย sidang media dan Pemeriksaan mukan Kontinjen (FotoMahd Arintn/BH) sebelum embonykaru sindiket itu memburu kumpı- yang angraran dite- dipandu suspek yang juta, katenya. penahanan disvaki polis 'Ieta sekali lutsinar digunakan Jauteh Tene- kencing cabuah kenderaan X50 ET kegiatansindik nsindiket kegiatans anya Mandanari Seks- Akta Dadah Berbahay ro men mati penjara QUTLIN jika sabit kesalahan, ka-'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS